بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah.. Bersyukur kita kepada Allah Ta'ala yang telah menentukan bahagian-bahagian harta pusaka kepada ahli waris yang berhak. Semoga blog tentang harta pusaka Islam memberikan manfaat kepada kita semua di dunia dan di akhirat kelak...amien... :)

Kenali Saya

Nama saya Hilmi Haniz b Muhammad. Saya berasal dari  Seremban, Negeri Sembilan dan kini menetap di U5 Subang, Shah Alam, Selangor.


Pendidikan


Didikan awal di Sekolah Rendah Tengku Mahmud, Besut, Terengganu dan SK Sg Tua Baharu, Selayang, Selangor. Kemudian diperingkat menengah di SMK Taman Selayang (PMR 1997)dan SM Sains Kuala Selangor (SPM 1998). Selepas itu saya mendalami ilmu agama di Pondok Pasir Tumboh, Kelantan sehingga tahun 2003. Pendidikan lanjutan seterusnya di peringkat Diploma Syariah di Pusat Pengajian Tinggi dan Bahasa Arab Sg Petani, Kedah dan Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar, Mesir dan tamat pengajian pada tahun 2008. Saya juga memegang Diploma Perancangan Kewangan Islam dari Universiti Malaya (2011).



Pengalaman Kerja


Pada tahun 2009 saya memulakan kerjaya sebagai seorang pendidik di Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Faizeen, Kota Damansara.


Pada awal 2011 hingga kini, saya bertugas di Sapura Smart School, mengajar mata pelajaran Bahasa Arab, Kemahiran Hidup dan Pendidikan Seni.




Belajar Ilmu Faraidh


Saya mendalami ilmu faraidh dengan mengikuti kelas intensif selama 15 hari yang dibuat oleh Ustaz Muhammad Jabal, pembina Majlis Mawarith. Beliau menggunakan sistem latihan (training), satu kaedah yang mudah diingati dan dipraktikkan. Semoga Allah memberikan rahmat dan pertolongan kepada beliau dalam menyebarkan ilmu ini kepada masyarakat. Untuk maklumat lanjut sila layari laman blog beliau di http://jabalnasution.wordpress.com/ .




Penulisan


Ketika saya di Mesir, saya telah menulis sebuah buku tentang ilmu faraidh yang bertajuk Fajar Faraidh dan menerbitkannya di Mesir. Di Malaysia, saya masih dalam usaha untuk menerbitkannya, insyaAllah..




Pengajaran


Setelah menerbitkan buku Fajar Faraidh, saya mengadakan diskusi buku tersebut di beberapa tempat. Antaranya di Markaz Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta, Dewan Perwakilan Mahasiswi  Iskandariah, Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah, Rumah Kelantan Lama, Hayyu Sabie'. Selain itu saya juga mengadakan kelas Faraidh di Rumah Sarawak, Hayyu Asyir.


Pada awal tahun 2010, kawan saya telah meminta saya untuk memberikan seminar yang dianjurkan oleh Muslimat dengan kerjasama AJK Surau Al-Iman, Fasa 7, Taman Sri Gombak.